Operasi 27 April 2026 Dipersoalkan
Satu operasi pengosongan premis dikeluarkan oleh firma guaman Khong & Son bertarikh 23 April 2026 melibatkan surau Al-Karamah berusia hampir 40 tahun di Ipoh pada 27 April 2026 kini mencetuskan persoalan serius apabila pelaksanaannya didakwa menyimpang daripada perintah Mahkamah Tinggi.
Menurut laporan polis oleh Jawatankuasa Surau Al-Karamah, tindakan di tapak bukan sahaja mengundang kekeliruan, malah menimbulkan dakwaan kegagalan pelbagai pihak termasuk pemaju Hartanah Kinta Development, polis dan bailiff mahkamah.
Perintah Mahkamah Tinggi Ipoh bertarikh 9 April 2026 secara jelas mengarahkan penghuni mengosongkan premis sebelum atau pada 27 April. Namun, apa yang berlaku di lapangan dikatakan jauh berbeza.
Siapakah pihak berkuasa dan pemilik tanah yang bersekongkol dengan Pemaju cina Syarikat Hartanah Kinta Development Sdn Bhd kuasai Ng Tzy Ting @Huang Tzy Ting dan Chan Hoong Mun merobohkan surau Al-Karamah.
Pemaju tiada kuasa merobohkan surau bukan ditapak miliknya sebagaimana pengakuan pemaju itu sendiri.



Apa pemaju cina Hartanah Kinta Development ini lakukan? Pemaju sendiri sahkan bukan pemilik tanah
PENGOSONGAN ATAU PEROBOHAN TIDAK MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG
Apa yang berlaku di tapak menimbulkan persoalan serius sama ada pelaksanaan tersebut benar-benar mematuhi lunas undang-undang.
Walaupun perintah mahkamah secara jelas hanya memperuntukkan pengosongan premis, tindakan yang dilaksanakan didakwa menyerupai operasi perobohan atau pengosongan secara paksa, sekali gus melangkaui skop sebenar perintah tersebut.
Lebih membimbangkan, wakil surau didakwa tidak diberikan peluang untuk mengosongkan premis secara teratur seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
Sebagai perbandingan, dalam insiden Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur sebelum ini, penduduk terlebih dahulu menerima perintah pengosongan tanpa sebarang tindakan perobohan. Malah, sebahagian penduduk berjaya mendapatkan perintah penangguhan daripada mahkamah sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan.
Hanya selepas semua proses perundangan termasuk rayuan dan semakan selesai, serta hak milik tanah disahkan, barulah tindakan penguatkuasaan termasuk perobohan dijalankan.
Namun dalam kes Surau Al-Karamah, beberapa perkara didakwa tidak selari dengan prosedur tersebut, termasuk isu berkaitan notis, persetujuan serta dakwaan kewujudan syarat tertentu sebelum perobohan boleh dilaksanakan.
Keadaan ini mencetuskan persoalan sama ada pihak tertentu telah bertindak melebihi kuasa yang diberikan oleh mahkamah.
POLIS HALANG WAKIL SURAU, PEGUAM PEMAJU DIBENARKAN MASUK
Laporan turut menimbulkan persoalan terhadap peranan pihak polis di lokasi apabila didakwa bertindak secara tidak seimbang dalam mengendalikan situasi.
Wakil surau dikatakan dihalang daripada memasuki kawasan, malah tidak diberikan peluang untuk menunjukkan serta menjelaskan kandungan perintah mahkamah.
Dalam masa yang sama, firma guaman yang mewakili pihak pemaju dilihat dibenarkan berada di dalam kawasan tanpa sekatan.
Keadaan ini mencetuskan persepsi kemungkinan wujud layanan tidak seimbang atau kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak secara berkecuali dalam pelaksanaan operasi tersebut.
BAILIFF DIDAKWA GAGAL MENGAWAL PELAKSANAAN
Sebagai pelaksana rasmi mahkamah, bailiff sepatutnya memainkan peranan utama dalam memastikan ketelusan pelaksanaan.
Namun laporan mendakwa beberapa kelemahan ketara:
(a) Tiada komunikasi jelas
-Tidak memberi penjelasan kepada pihak terlibat
– Enggan berinteraksi mengenai skop perintah
(b) Gagal mengawal pelaksanaan
– Tidak memastikan surau diberi peluang mengosongkan sendiri
– Tidak menghalang tindakan yang melampaui skop
(c) Membenarkan pihak luar bertindak
– Individu yang tidak jelas kuasa dibenarkan mengendalikan pengosongan
(d) Tidak menunjukkan perintah mahkamah
– Tiada salinan dikemukakan semasa operasi
– Menyebabkan kekeliruan di tapak
Keseluruhannya, pelaksanaan didakwa berlaku tanpa kawalan jelas dan tanpa autoriti yang dipaparkan secara telus.
BARANG SURAU DICAMPAK, TIMBUL PERSOALAN TANGGUNGJAWAB
Antara dakwaan paling sensitif ialah cara pengendalian barang-barang milik surau.
Barang-barang tersebut didakwa dikeluarkan tanpa kehadiran wakil surau dan dilaporkan dicampakkan ke atas tanah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap profesionalisme dan pematuhan prosedur.
Keadaan ini bukan sekadar isu teknikal, malah melibatkan risiko kerosakan dan kehilangan harta awam.
PENGLIBATAN PIHAK KETIGA DIPERSOAL
Laporan turut membangkitkan isu penglibatan pihak ketiga yang dikaitkan dengan Majlis Agama Islam, walaupun nama mereka tidak dinyatakan dalam perintah mahkamah.
Ketiadaan penjelasan rasmi mengenai kuasa atau mandat mereka menimbulkan persoalan terhadap kesahihan penglibatan tersebut.
Dalam pelaksanaan perintah mahkamah, tindakan sepatutnya terhad kepada pihak yang diberi kuasa secara jelas.
Tindakan menghalang wakil surau daripada memasuki kawasan telah menjejaskan keupayaan mereka untuk memantau pengeluaran barang.
Tanpa kehadiran pihak berkepentingan, risiko kehilangan dan kerosakan meningkat, di samping menimbulkan persepsi bahawa pelaksanaan tidak telus.
LOKASI SEBENAR SURAU DIPERTIKAI
Satu lagi isu penting ialah kedudukan sebenar surau yang menjadi subjek pelaksanaan.
Perintah mahkamah secara jelas merujuk kepada lot berikut:
- Lot No. 523842
- Lot No. 523860
- Lot No. 523861
- Lot No. 523862
- Lot No. 523863
- Lot No. 523864
Namun semakan melalui pemetaan mendapati surau tersebut didakwa tidak berada di atas mana-mana lot berkenaan, sebaliknya terletak di kawasan rizab jalan berhampiran Lot 523842.


Siapa perlu bertanggungjawab terhadap surau yang telah dirobohkan?
Perkara ini membawa implikasi besar terhadap kesahihan pelaksanaan, kerana tindakan sepatutnya terhad kepada lokasi yang dinyatakan dalam perintah mahkamah.
Secara jelas kes ini bukanlah kes Baharu, ianya telah mula kecoh dari tahun 2021 lagi. Sehingga Sultan Perak telah memberikan perkenan baginda dengan syarat bahawa tidak di roboh sehingga Surau Baharu Siap dibina. Dalam affidavit bersama ajk surau, serta pihak majlis Agama dan pihak pemaju, Lokasi surau yang dipersetujui adalah terletak di lot berhampiran lebih kurang 400 meter dari surau yang dirobohkan.

Ianya terletak di atas sebidang tanah yang telah digazettekan sebagai tanah untuk pembinaan masjid.
OPERASI SALAH PEMAJU
Kes ini kini membuka ruang kepada pelbagai persoalan kritikal yang menyentuh integriti keseluruhan pelaksanaan di lapangan. Tindakan pemaju yang didakwa melangkaui skop perintah mahkamah, peranan pihak polis yang dilihat tidak berkecuali, serta kegagalan bailiff menunjukkan autoriti yang jelas, semuanya menimbulkan keraguan terhadap ketelusan proses tersebut.
Dalam masa yang sama, identiti sebenar pihak yang melaksanakan pengosongan turut menjadi tanda tanya, apatah lagi dengan dakwaan penglibatan pihak yang tidak dinamakan dalam perintah.
Paling utama, isu lokasi sebenar pelaksanaan menambah lagi kerumitan sama ada operasi ini benar-benar dilaksanakan di tapak yang sah seperti diperintahkan mahkamah, atau sebaliknya.
Semua persoalan ini menuntut penjelasan dan siasatan menyeluruh bagi menentukan sama ada ia satu pelaksanaan yang sah, atau satu bentuk salah laksana yang serius.
Sehubungan dengan pelbagai dakwaan dan ketidakselarasan yang timbul, Jawatankuasa Surau Al-Karamah secara rasmi memohon agar satu siasatan menyeluruh dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Permohonan ini merangkumi aspek ketidakpatuhan oleh pihak pemaju terhadap perintah mahkamah, kecuaian serta kegagalan pihak polis dalam memastikan pelaksanaan yang adil dan berkecuali, serta kelemahan pihak bailiff dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelaksana rasmi.
Apakah pemaju cina Hartanah Kinta Development Sdn Bhd membayar rasuah kepada pihak-pihak terlibat sehingga operasi dilaksana meroboh surau dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang?
Sebuah surau yang berada ditapak 40 tahun, diberikan bantuan oleh Majlis agama bertahun-tahun dan pelaksanaan solat jumaat serta pelbagai program Pendidikan agama dibuat disurau itu maka alasan sebagai bukan surau tanah wakaf sesuatu yang tidak diterima. Apa fungsi Kerajaan memerintah selama ini? Ia hanya berada ditapak rizab jalan bukan tapak pemilik pemaju.
SIAPA PEMAJU CINA HARTANAH KINTA DEVELOPMENT SDN BHD YANG BERTINDAK LANGGAR PERINTAH MAHKAMAH ITU?
Hartanah Kinta Development Sdn. Bhd. syarikat dikawal oleh dua pemegang kepentingan utama, iaitu Ng Tzy Ting @ Huang Tzy Ting dan Chan Hoong Mun.

Berdasarkan rekod korporat, kedua-dua individu ini memiliki pegangan saham yang signifikan dalam syarikat, sekali gus memberikan mereka kawalan efektif terhadap hala tuju operasi dan keputusan strategik syarikat.



