Awal bulan lepas, Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi membuat hantaran di media sosial menekankan kepentingan kepimpinan lelaki dalam masyarakat sambil memberikan analogi berdasarkan pengalamannya menternak lembu selama lebih setahun.

Menurutnya, dalam pengurusan ternakan, lembu betina sering memimpin kumpulan ternakan tersebut termasuk menentukan lokasi meragut, waktu berehat dan waktu pulang, manakala lembu jantan hanya berperanan menjaga keselamatan kawanan.
Menyamakan kepimpinan wanita seperti binatang iaitu lembu adalah satu perumpamaan yang teruk sama sekali. Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran ini mendapat kecaman pelbagai pihak termasuklah kepimpinan wanita Bersatu sendiri.

Tidak berhenti di situ sahaja, Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran terus membuat kecoh dan kontroversi lagi. Kali ini Salman masuk dalam komen Facebook Dato Seri Wan Rosdy, Menteri Besar Pahang yang melaksanakan program akar umbi bersama pelajar-pelajar sekolah.
Salman sekali lagi datang dengan sindiran dan perumpamaan yang bersifat jelik dan memualkan. Komen jelik Salman ini terus dibidas oleh Saudara Mohd Farid Mohd Noor, Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang di media sosialnya.
“Mengucap panjang saya apabila membaca tulisan pemimpin PAS / Perikatan Nasional Pahang di ruangan komen posting Menteri Besar Pahang petang tadi.
Pertamanya YAB MB tak bercadang nak ke sekolah ini , selepas program yang dirasmikan Tengku Ampuan, beliau bercadang untuk balik ke Kuantan, mengetahui adanya majlis pemberian buku ini , beliau menyatakan ingin hadir. Selain buku YAB MB beri sedikit sumbangan peribadi kepada anak-anak ini, pesannya suruh beli aiskrim.
Keduanya, buku ini diterbit dan diberi secara percuma kepada semua calon SPM, STPM dan STAM dalam Negeri Pahang, calon SPM dapat 8 naskah buku, sementara STPM dan STAM dapat 4 naskah.
Yang menjadi kemarahan Pemimpin muda PAS dan Perikatan Nasional Negeri Pahang adalah kerana ada gambar Menteri Besar di buku tersebut.” ulas Setiausaha Politik Dato Seri Wan Rosdy.

Selain itu, Mohd Farid turut mengecam kepimpinan PAS di empat negeri kini. Beliau berkata di negeri itu pun ada calon SPM, STPM dan STAM. Boleh saja letak gambar Menteri Besar di sana dan letak sumbangan kerajaan negeri.
“Kalau rasa letak gambar Menteri Besar tu salah, letak sumbangan Kerajaan Negeri sahaja.Kalau rasa PAS dan Perikatan Nasional tak mampu buat, tak perlu komplen apa yang kami buat.
Kami di Pahang memikirkan apa yang kerajaan negeri boleh bantu demi pendidikan anak-anak kami. Itu sahaja.” kata Mohd Farid