Satu demi satu kepincangan dalam pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau dulunya KPLB terbongkar apabila siasatan mendapati kontraktor utama, REMT Utama Sdn Bhd, telah menerima lebih RM177 juta daripada kerajaan persekutuan, namun projek yang dijanjikan masih gagal disiapkan sepenuhnya walaupun hampir 8 tahun berlalu sejak surat tawaran dikeluarkan pada 2016.

Janji Bekalan Elektrik Gagal Ditunaikan
Projek yang membabitkan pemasangan sistem solar hibrid di 15 lokasi pulau terpencil seperti Pulau Mantanani, Tigabu, Libaran, Balambangan, dan Jambongan, sepatutnya siap pada November 2018. Namun laporan rasmi setakat Disember 2024 menunjukkan hanya 85% siap, dengan sebahagian besar stesen belum beroperasi, solar tidak berfungsi, atau testing & commissioning belum dijalankan langsung.



Projek BELB REMT dianugerahkan semasa era Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (ketika beliau Menteri KPLB) – Sekitar 2017–2020 kemudian disambung Datuk Seri Rina Harun Mei (2018 – Feb 2020), sambung Datuk Seri Mahdzir Khalid (2021–2023) dan terkini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (2023–kini (2025))
Sebahagian besar pelaksanaan, masalah penyelenggaraan dan isu teknikal dipercayai berlarutan sehingga pentadbiran Rina Harun, Mahdzir Khalid dan kini dalam era Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid Menteri KKDW sendiri tidak berani menamatkan syarikat REMT Utama Sdn Bhd atas alasan bapa pemilik syarikat ini bekas pemimpin NGO Sabah yang rapat dengan pemimpin pusat atau sudah kawtim. Kini syarikat ini diuruskan oleh anaknya Datuk Azhar Khan bin Badil Zaman
PROJEK TERBENGKALAI, SUBKONTRAKTOR BERTUKAR GANTI
Laporan Projek menunjukkan bahawa banyak kerja-kerja di tapak telah terhenti, dengan kontraktor asal diganti berkali-kali. Subkontraktor baharu masih dalam proses mencari, dan di sesetengah lokasi seperti Kg Trongliman dan Pulau Kaniogan, kerja belum berjalan. Sebahagian tapak pula terbina atas tanah milik persendirian, menyebabkan isu pemilikan dan gangguan kerja.



Di tapak-tapak seperti Pulau Tigabu, Kg Kok Simpul dan Kg Malalin, solar sudah dipasang tetapi belum berfungsi, dan tiada sistem bateri lengkap. Testing & commissioning di semua tapak dilaporkan pada kadar 0%.
Begitu juga aduan Ahli Parlimen Libaran Projek Solar yang gagal disiapkan di Kg Bahanan Jambongan.

Rekod menunjukkan rekod Kelewatan Kritikal dan berulang, Testing & commissioning belum bermula langsung (0%) walaupun hampir semua sistem sudah melepasi 70%. Semua komponen utama tidak mencapai tahap 100% walaupun projek bermula sejak 2017, dengan sasaran siap sepenuhnya dalam 24 bulan (2019). Laporan 5 tahun kelewatan dari sasaran asal.
Gambar menunjukkan struktur seperti bangunan pam air, pondok jaga, sistem buangan sisa dan stor bateri tidak dibina atau tidak lengkap, tetapi sudah dibayar sebahagiannya. Aset solar, inverter dan bateri jika tidak dipasang dan digunakan dalam tempoh lama, boleh menyebabkan rosak atau luput jaminan.
Paling teruk tiada sebarang rekod dikenakan Liquidated Ascertained Damages (LAD) kepada kontraktor REMT Utama Sdn Bhd atas kelewatan.

LAPORAN PENUH PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID DI PULAU-PULAU TERPENCIL NEGERI SABAH
Jika tidak siap bermakna rakyat Sabah terus bergelap
Sebanyak 1,291 isi rumah di pulau-pulau Sabah kini terus hidup tanpa elektrik stabil. Ramai masih bergantung kepada genset diesel usang, atau tinggal dalam kegelapan sepenuhnya.
Di Pulau Pababag dan Pulau Kaniogan, panel solar dikatakan telah rosak, tiada bekalan minyak, dan sistem janakuasa tidak boleh digunakan.
Siapa pemilik REMT?
REMT Utama Sdn Bhd dimiliki hampir sepenuhnya (98.5%) oleh Datuk Azhar Khan bin Badil Zaman, anak kepada bekas pemimpin NGO Sabah Pertubuhan SEEDS (Society Empowerment & Economic Development of Sabah). Syarikat ini menerima kontrak lumayan walaupun prestasi kewangannya sederhana — hanya menjana pendapatan RM6 juta setahun, tetapi ditugaskan mengendalikan projek bernilai lebih RM200 juta.

REMT juga pernah mengambil pinjaman besar dari SME Bank, Maybank, CIMB dan UOB, termasuk pinjaman yang masih belum diselesaikan.

Persoalan Integriti: Menteri & Pegawai Kawtim?
Walaupun REMT gagal menyiapkan projek mengikut jadual, tiada sebarang tindakan penalti dikenakan. Lebih membimbangkan, tiada denda LAD dikenakan walaupun kelewatan melebihi 1000 hari.
Ini menimbulkan persoalan:
1. Mengapa KKDW di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih tidak menamatkan kontrak REMT?
2. Adakah menteri dan pegawai KKDW ‘kawtim’ dengan REMT?
3. Kenapa tiada siasatan SPRM walaupun REMT telah menuntut RM177 juta, sedangkan kemajuan hanya 85%?
APA PERLU DILAKUKAN?
Menggesa siasatan SPRM berhubung salahlaku, tuntutan dan pembiayaan REMT yang jelas terdapat unsur rasuah. KKDW sepatutnya menamatkan kontrak REMT serta-merta dan mengenakan LAD atas setiap hari kelewatan. Audit forensik oleh pihak bebas perlu dijalankan ke atas projek, pembayaran, dan pemilihan subkontraktor.
Skandal REMT Utama bukan sekadar kegagalan projek — ia simbol kegagalan urus tadbir, penyelewengan struktur perolehan, dan pengkhianatan terhadap rakyat luar bandar. RM177 juta sudah dibayar, tetapi rakyat Sabah masih menyalakan lilin di abad ke-21. “Siapa lindungi REMT? Sampai bila menteri tutup mata?”