Syarikat Kondom Malaysia Hasilkan Kondom Perisa Teh Tarik Dan Kondom Rasa Nasi Lemak Panas

Syarikat tempatan Karex Bhd mencipta sejarah apabila berjaya membangunkan kondom nitril sintetik berpaten tunggal di dunia, sekali gus muncul sebagai pembekal eksklusif kepada jenama kesihatan seksual terkemuka, Durex.

Produk premium ini kini sudah pun dilancarkan di 18 buah negara melalui kerjasama pengilang peralatan asal (OEM) bersama Durex, yang menyasarkan pasaran global dengan penekanan terhadap keselesaan dan inovasi pengguna.

Kondom perisa Teh Tarik dan Nasi Lemak Panas keluaran Karex

Menurut laporan CIMB Securities, pelancaran itu menerima maklum balas positif dengan tempahan ulangan yang berterusan.

Kejayaan teknologi ini turut dilihat sebagai satu penyelesaian kepada isu utama yang menyebabkan ramai berhenti menggunakan kondom, iaitu pengurangan kenikmatan semasa hubungan.

Mengambil maklum maklum balas daripada pengguna di Eropah, Karex kini giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan varian baharu yang sesuai bagi pasaran Asia.

Bagi memenuhi lonjakan permintaan, Karex yang kini memiliki enam barisan pengeluaran dengan kapasiti tahunan sekitar 150 juta keping, merancang untuk menambah 30 lagi barisan menjelang akhir tahun kewangan 2028.

Ini bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga mencecah 900 juta keping setahun.

Dari sudut kewangan, produk ini dijangka memberi impak besar apabila margin keuntungan kasar melebihi 50 peratus.

Penganalisis menjangkakan keuntungan teras Karex akan melonjak 121.4 peratus pada tahun kewangan 2025 dan 119.1 peratus pada 2026, selepas mencatatkan penurunan 54.8 peratus pada 2024.

Namun begitu, Karex turut berdepan cabaran luaran termasuk kenaikan tarif import Amerika Syarikat sebanyak 19 peratus ke atas produk dari Malaysia dan Thailand, serta pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar AS.

Pihak pengurusan syarikat menyatakan komitmen untuk mengekalkan hubungan pelanggan jangka panjang dan akan menyesuaikan harga secara berhati-hati, sambil bergantung kepada margin tinggi produk inovatif ini untuk menampung tekanan luaran.

Back To Top