
Ianya berlaku di negeri Kelantan. Tatkala seluruh dunia mengecam negara itu kerana soal kemanusiaan, boleh pula kerajaan PAS Kelantan benarkan kibaran bendara negara itu di negeri mereka.
Soalnya mudah, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Jika pihak menganjurkan memberi alasan sebagai lakonan semula, adalah tidak wajar bendera Israel berkibar megah di negara ini. Walau apa pun alasan bendera rejim Zionis itu tidak boleh dikibarkan di Malaysia.

Tapi persoalannya, perlu ke kibarkan bendera Israel sebesar tu? Pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan ini tidak faham ke soal geo politik antarabangsa?
Kalau lah kibaran itu berlaku di negeri-negeri lain selain dairpada negeri yang mereka tadbir, barangkali sudah berbakul bakul kecam yang PAS akan hentam. Kini sudah berlaku di negeri Kelantan. Apa sudah jadi dengan PAS?

Barangkali ramai yang lupa, semasa jadi pembangkang dahulu PAS pun baik dengan Amerika. Siap ada wakil dari Amerika lagi datang ke pejabat PAS, sampailah ke Perlis. Tujuan kunjungan pada masa itu adalah untuk eratkan hubungan antara kedutaan dan parti parti politik serta mengetahui matlamat dan perkembangan PAS.
Perkembangan PAS? Masa itu PAS pembangkang, ada dua negeri sahaja, kini dah ada 4 negeri tetapi masih lagi tidak ada perkembangan PAS. Hanya masih lagi duduk bawah tempurung, berideologi lama dan tidak membawa sebarang pembangunan kepada rakyat.
Inilah mentaliti PAS, dalam hal apa program yang hendak dibuat di Sungai Kelantan dengan kibaran bendera Isssel pun PAS terlepas pandang. Teruk sangat dah ni, macam mana hendak kata kepimpinan ulama kalau beginilah cara mentadbirnya?