Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke‑13 (RMK‑13) pada 31 Julai 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penekanan baharu terhadap infrastruktur pelabuhan dan logistik — termasuk:
- Pembinaan Terminal Ketiga di Pulau Carey bernilai RM28 billion
- Pembesaran Westports 2 (Port Klang) bernilai RM12.6 billion
- Pembesaran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor bernilai RM4.9 billion

Anggaran nilai RM45.5 billion (keseluruhan) ini merangkumi perbelanjaan modal (capex) untuk pelabuhan di Pulau Carey sebanyak RM28 bilion sehingga tahun 2060, pembesaran Westports 2 bernilai RM12.6 bilion dalam tempoh 30 tahun akan datang, dan pembesaran PTP yang dianggarkan bernilai RM4.9 bilion.
Peralihan fokus daripada pembinaan MRT3 kepada pelabuhan mega ini memberi isyarat bahawa kerajaan kini mengutamakan pengukuhan infrastruktur maritim negara untuk merancakkan lagi sektor perdagangan.
Keseluruhannya, ketiga-tiga projek mega pelabuhan ini akan mencecah nilai RM45.5 billion. Ketiga-tiga syarikat yang disebut-sebut bakal mendominasi projek mega pelabuhan ini adalah Muhibbah Engineering, IJM Corporation, dan WCT Holdings.

Projek MRT3 (Mass Rapid Transit Laluan Lingkaran) tidak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke‑13 (RMK13) atas beberapa sebab strategik dan kewangan yang telah dinyatakan secara tidak langsung oleh kerajaan. MRT3 memerlukan tempoh pembinaan yang panjang (8–10 tahun) dan pulangan pelaburan yang lambat berbanding pembinaan mega pelabuhan.
Faktor kos juga menyebabkan mengapa MRT3 ditiadakan. Kos keseluruhan MRT3 dianggarkan lebih RM45–50 bilion, menjadikannya salah satu projek pengangkutan awam paling mahal dalam sejarah Malaysia. Ianya mungkin akan ditangguhkan, dan fasa yang sedia ada akan difokuskan untuk kos penyelenggaraan serta menambah baik infrastruktur yang ada di MRT1 dan MRT2.
Muhibbah Engineering (M) Bhd
Muhibbah Engineering (M) Bhd adalah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang berpangkalan di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1972. Muhibbah Engineering dimiliki oleh pengarah dan pengasas bersama, Mac Ngan Boon (juga dikenali sebagai Mac Yin Boon), merupakan pemegang saham terbesar secara langsung dengan pegangan hampir 17% daripada keseluruhan syarikat.
Anak beliau, Mac Chung Jin, merupakan Deputy CEO dan Executive Director, manakala adiknya, Mac Chung Hui, menjadi Managing Director Favelle Favco Berhad (anak syarikat khusus dalam pembuatan kren).
Pada Mei 2025, Muhibbah Engineering telah menerima notis timbang tara daripada Haumea Offshore, yang menuntut bayaran sebanyak RM43.4 juta atas projek hook-up dan commissioning marine vessel yang telah ditamatkan sejak Julai 2020. Syarikat ini menyatakan akan mempertahankan dakwaan tersebut dan mengemukakan tuntutan balas terhadap Haumea.
Pada Disember 2022, Muhibbah mendapat kebenaran untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman terhadap penilaian cukai tambahan IRB yang menolak perbelanjaan pembinaan bernilai lebih RM190 juta bagi tahun 2015–2016. Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan dan perintah penggantungan pembayaran sehingga kes selesai. IRB turut diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000.

IJM Corporation
Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah pemegang saham terbesar dengan sekitar 17.5%, KWSP memiliki 16.8% saham dalam IJM Corporation dan KWAP yang memiliki 9% saham dalam IJM.
IJM dikaitkan dengan kontroveresi dalam pembinaan MRT3. Tan Sri Tan Boon Seng atau dikenali sebagai Krishnan terkait penemuan wang tunai RM170–RM177 juta yang ditemukan di ‘safe house’ bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. IJM dikatakan mendapat habuan untuk pembinaan MRT3.
IJM menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan ingin mengambi tindakan undang-undang kepada pihak yang mengaitkan mereka dengan Ismail Sabri berhubung projek MRT3.

WCT Holdings
Pemilik utama WCT Holdings Berhad adalah Dominion Nexus Sdn. Bhd, yang menguasai sekitar 16.5 % saham. Orang yang berada disebalik Dominion Nexus adalah Tan Sri Lim Siew Choon, yang juga menjabat sebagai Executive Chairman dari WCT dan memiliki kepemilikan langsung tambahan sebesar 6.74 %. PNB juga memiliki saham dalam WCT sebanyak 9%.
Selain itu WCT Holdings juga dikaitkan dengan tokoh bisnis Tan Sri Desmond Lim, dengan saham lebih 20%. Desmond Lim dikenali juga sebagai pemilik Pavilion Group.
Dikatakan rapat dengan Rosmah Mansor. Ketika penyitaan barang barang mewah di Pavilion Residences yang terkait dengan Rosmah Mansor — termasuk merek Hermes, Chanel, dan lainnya, tempat kediaman itu dipercayai ada kaitan dan milik Tan Sri Desmond Lim.
WCT banyak menerima projek besar, seperti pembaikan KLIA2 bernilai RM 575 juta, pembangunan TRX, pembinaan bangunan kompleks F di Putrajaya dan bandar di Kelantan bernilai RM 440 juta. Selain skandal solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dengan mempertimbangkan WCT untuk projek mega pelabuhan dan yang terbaru WCT disebut-sebut untuk mendapat tender projek ECRL di Lembah Klang menurut laporan The Edge, pastinya pihak pentadbiran kerajaan perlu berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan ini.
Track record WCT tidak ada dalam pembinaan ECRL, dan rekod-rekod kontroversi yang lepas amat berisiko untuk membenarkan WCT mendapatkan dua lagi projek mega iaitu pelabuan dan ECRL. Jika ada sebarang urus tadbir yang diluar tatakelola, mereka yang membuat keputusan menganugerahkan projek kepada WCT ini harus bertanggungjawab suatu hari nanti.