Skandal Mineral Sabah: Taikun Syarikat Singapura Pembiaya Datuk Albert Tei Beri Rasuah Pemimpin UMNO Sabah Terbongkar!

Skandal rasuah perlombongan di Sabah memasuki episod paling mengejutkan apabila siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal beralih kepada pembabitan pemimpin utama UMNO Sabah dalam jaringan kartel lesen dan konsesi mineral – dengan dalangnya dikatakan disokong dana dari luar negara.

Bermula sebagai “pemberi maklumat” atau whistleblower, Dato’ Albert Tei yang didakwa sebagai dalang sebenar kartel mineral Sabah, menggunakan taktik rakaman rahsia untuk mengugut dan mengawal pemimpin politik. Dua hari sebelum pendakwaannya di mahkamah pada 30 Jun, Albert Tei melepaskan video rakaman terhadap tiga lagi ADUN STAR dan dua dari PBS – semuanya anggota kanan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk dua Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Namun yang lebih menggemparkan, Albert Tei bukan bertindak bersendirian. Beliau dipercayai dibiayai oleh seorang taikun dari Singapura yang memiliki syarikat tersenarai di Bursa Singapura (SGX) — Southern Alliance Mining Ltd, yang juga terlibat dalam operasi perlombongan bijih besi di Johor melalui Chaah Mine.

BENARKAH UMNO SABAH TERLIBAT?

Dalam satu infografik yang tular baru-baru ini Bung Moktar dan beberapa pemimpin UMNO turut dikaitkan menerima rasuah daripada Dato’ Albert Tei. Mereka ialah;

Bagaimana terlibat?

Taktik Ugutan Rakaman

Albert Tei dipercayai menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen yang dibeli secara dalam talian untuk merakam perbualan dan transaksi pemimpin-pemimpin negeri. Rakaman ini digunakan sebagai alat tawar-menawar untuk mendapatkan sokongan politik dan konsesi sumber asli.

Ironinya, rakaman terhadap pemimpin-pemimpin UMNO masih belum didedahkan, mencetuskan persoalan: Apakah Tei menyimpan rakaman ini sebagai “insurans politik”? Bukankah Bung Moktar sendiri – Pengerusi UMNO Sabah – pernah berurusan secara langsung dengan Albert Tei dalam melobi syarikat berkaitan mineral?

Bung Moktar sokong lobi syarikat Teguh Permata Sdn Bhd
dan Bumi Kinabalu Resources

Dalang Terselindung: Siapa Taikun Cina Syarikat Singapura Southern Alliance Mining Ltd?

SIAPA DATO’ SRI PEK KOK SAM?

Dato’ Sri Pek Kok Sam ialah pengasas dan Pengarah Urusan Southern Alliance Mining Ltd (SAM), sebuah syarikat perlombongan yang berpangkalan di Chaah, Segamat, Johor dan tersenarai di Bursa Saham Singapura (SGX). Beliau memulakan kerjaya dalam industri perlombongan pada tahun 1993 dengan menjalankan aktiviti kuari batu kapur di Pahang dan Perak. Pada tahun 2001, beliau menubuhkan Honest Sam Development Sdn. Bhd yang kemudiannya berkembang menjadi Southern Alliance Mining. Sejak 2008, syarikat ini mengendalikan lombong bijih besi Chaah di Johor, yang menjadi aset utama mereka.

Dato’ Sri Pek kemudiannya mempelbagaikan operasi SAM dengan pengambilalihan 40% kepentingan dalam MCRE Resources Sdn. Bhd yang terlibat dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Gerik, Perak. Aras Kuasa Sdn. Bhd (Bauksit) dan Multi Zillion Properties Sdn. Bhd bagi projek Hartanah. Profil beliau seperti berikut;

Dalam erti kata lain Dato’ Sri Pek Kok Sam bukan taikun biasa-biasa terutama di Johor.

BAGAIMANA DATO’SRI PEK KOK SAM TERLIBAT DI SABAH?

Tidak ramai yang tahu disebalik isu mineral di Sabah Dato’ Sri Pek Kok Sam adalah dalang di belakang Dato’ Albert Tei. Dato’ Sri Pek Kok Sam asal Pahang menjadi taikun Singapura menjadi pelabur belakang tabir kepada Albert Tei. Sebelum ini tular di Sabah Albert Tei menggunakan lebih 50 syarikat namun 13 dikenal pasti memperolehi lesen mineral palsu dan memperalatkan bekas Pegawai polis Kanan sebagai Pengerusi syarikatnya.

antara syarikat yang tular di laman sosial

Daripada semua syarikat yang digunakan Dato’ Albert Tei dikenal pasti beberapa syarikat mineral yang digunakan oleh pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Bung Moktar ketika sebagai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yakubah Khan (Menteri KSTI) dan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan (KB UMNO Labuan). Syarikat itu ialah TEGUH PERMATA SDN BHD, BUMI KINABALU RESOURCES SDN BHD, SOUTHERN ATLANTIC METAL SDN BHD, SRI AMAN MINERALS SDN. BHD, G MASTER MINING SDN BHD dan ICON PACIFIC SDN BHD.

Bukan itu sahaja ada beberapa syarikat Albert Tei seperti YBS Mineral Resources Sdn Bhd digerakkan oleh Dato’ Sri Pek Kok Sam dan proksi Dato’ Albert Tei secara bersama. Rajah ini menunjukkan keseluruhan kepentingan Dato’ Sri Pek Kok Sam, Albert Tei dan pemimpin UMNO Sabah.

Dalang sebenar di Sabah

TEGUH PERMATA SDN BHD DAN BUMI KINABALU RESOURCES SDN BHD

Fakta menunjukkan hubungan Bung Moktar dan Datuk Rafi Ali Hassan Ketua Bahagian UMNO Labuan yang sangat akrab. Bung ketika Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri KKR memang mengkayakan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan Ghazali Ansing.

Rafi, Bung, Ariffin dan Ghazali – Geng Keras dalam rompakan hasil kerajaan

Oleh itu Bung Moktar telah menyokong permohonan Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd bagi projek Nadir Bumi dan Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd yang dikuasai oleh Dato’ Sri Pek Kok Sam. Satu surat lobi disokong oleh Bung Moktar telah dikenal pasti. Selain nadir bumi Bung juga dikatakan menyokong syarikat untuk mineral emas.

Selain Nadir Bumi syarikat juga terlibat lombong emas

Semakan menunjukkan Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd lembaga pengarahnya ialah Dato’ Sri Pek Kok Sam memegang 65% melalui syarikat SOUTHERN ATLANTIC METAL SDN BHD dan adik beradik kepada Datuk Rafi Ali Hassan iaitu Rozie Jan Alli Hassan (10%) dan Bibi Sherlina Alli Hassan (10%)

Bukti sangat jelas penglibatan keluarga Rafi Ahli Hassan yang disokong Bung Moktar

Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd mencetuskan kontroversi projek lombong emas di Ranau pada julai 2023 apabila penduduk Kg Bongkud dan Kg Namaus menyuarakan bantahan terhadap tindakan syarikat swasta membuka lombong emas di kampung mereka. Mereka mengadakan mesyuarat di Dewan Mini Kg Bongkud bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Kata mereka kawasan kampung termasuk tanah pertanian, perumahan, ladang, sekolah, klinik dan kawasan tadahan air, serta sungai berhampiran dengan aktiviti ‘bombon’ (tagal) dan banyak lagi yang akan terjejas akibat penerokaan syarikat itu.. Syarikat itu ialah Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd milik Dato’ Sri Pek Kok Sam dan kakak Datuk Rafi Alli Hassan Ketua UMNO Bahagian Labuan.

Susulan bantahan berterusan rakyat pada september 2023 Kerajaan Sabah membatalkan lesen cari gali emas Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd di Ranau benganglah Dato’ Sri Pek Kok Sam!. Agaknya Berapa juta Bung dan Rafi Ali Hassan dah pau dari Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Dato’ Albert Tei?

Satu lagi Syarikat milik Dato’ Sri Pek Kok Sam ialah Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd. Lembaga Pengarahnya juga adalah Dato’ Sri Pek Kok Sam melalui syarikatnya Sri Aman Minerals Sdn Bhd (65%), Datuk Bibi Safnah Alli Hassan (25%) kakak Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan Tan Choon Hock kroni bersama dengan Dato’ Albert Tei.

Syarikat Bumi Kinabalu Resources Sdn Bhd

Mengapa mengapa Bung Moktar dan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan nampak suci sedangkan Dato’ Albert Tei pasti mempunyai rakaman perjumpaan mereka. Jika Dato’ Albert boleh merakam semua pemimpin yang ditemuinya pastinya UMNO juga ada video simpanannya. Mengapa Albert Tei tak berani dedah?

Dato’ Sri Pek Kok Sam, Albert Tei, Bung Moktar dan Datuk Rafi bengang dengan Ketua Menteri Sabah apabila lesen mineral Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd bagi lombong emas di Ranau dibatalkan. Maka mereka perlu menyerang kerajaan GRS hari ini.

DATUK YAKUBAH KHAN- G MASTER MINING DAN ICON PACIFIC SDN BHD

Bagi Datuk Yakubah Khan bekas Menteri KSTI yang juga Ketua Bahagian UMNO Sepanggar dikaitkan dengan syarikat G Master Mining dan Icon Pacific Sdn Bhd menunjukkan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Datuk Albert. G Master Mining memang ada dalam senarai 50 syarikat Albert Tei.

Pengarah syarikat seperti Tan Choon Hock dan Cheng Chau Aun merupakan nama proksi dalam kebanyakan syarikat dikaitkan dengan Albert Tei. Mereka turut ada dalam Syarikat Bumi Kinabalu, YBS Mineral Resources Sdn Bhd dan Sinaran Hayat Sdn Bhd sebagaimana rajah dalang sebenar kartel Dato’ Sri Pek Kok Sam. Nama-nama lain ialah Ching Ming Hui dan Lim Kian Wee @ Erwin Lim Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Galian Sabah (PPGS) yang sentiasa bergandingan rapat dalam syarikat milik Albert Tei.

Sekalipun tiada nama Datuk Yakubah Khan dan keluarganya dalam G Master Mining dan Icon Pacific Sdn Bhd sokongan Yakubah kepada syarikat ini namun ia bukti Albert Tei telah menguasai bekas-bekas Menteri UMNO Sabah dan menyimpan rakaman perbualan sebagaimana semua pemimpin GRS dan komponennya STAR dan PBS. Tidak seperti Datuk Rafi Alli Hassan meletakkan nama adik beradiknya sebagai pengarah dan pemegang saham dalam syarikat dikuasai kartel Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Albert Tei.

DATUK OSMAN JAMAL- BBH GOLD SDN BHD DAN SOUTHSEA GOLD SDN BHD

Osman Jamal bekas Pengarah Jabatan Tanah Ukur ini merupakan bekas pegawai dan adun paling korup di Sabah. Beliau kini adalah Penolong Bendahari UMNO Sabah. Beliau pernah menjadi Adun Balung sebelum melompat menyertai Parti Warisan. Kemudian melompat ke PKR sebelum menyertai UMNO semula.

Berdasarkan alamat operasi syarikat BBH Gold Sdn Bhd berdaftar dan beroperasi di Tawau Sabah. Datuk Osman Jamal adalah antara pengarahnya. Siapa di belakang syarikat ini? boleh jadi Dato’ Sri Pek Kok Sam dan Albert Tei memandangkan operasinya hanyalah syarikat ‘cap ayam’ sebuah syarikat rugi dan bergantung kepada ‘kabel’ politik untuk hidup.

Datuk Osman Jamal sebagai Pengarah syarikat perlombongan bukan baharu. Ketika beliau menyertai parti Warisan beliau berada dalam lembaga pengarah Southsea Gold Sdn Bhd syarikat kroni Warisan Datuk Loh Fui Ming yang mendapat 748 hektar hektar tanah pajakan perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau. Bagaimanapun Southsea Gold Sdn Bhd memajakkan pula 317.17  hektar kepada syarikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd anak syarikat Bahvest Resources Bhd yang Loh Fui Ming juga adalah Lembaga Pengarahnya.

Atas sebab salahgunakuasa dan rasuah Datuk Loh Fui Ming ditahan SPRM sebelum disingkirkan daripada Bahvest pada 25 Mei 2023. Bahvest bukan lagi milik Loh Fui Ming dan 24 Disember 2024 Bahvest Resources ditukar nama kepada AUMAS RESOURCES BERHAD. Menggilalah Warisan untuk mahu merampas semula kawasan lombong emas ini. Perebutan kawasan lombong ini masih berterusan hingga kini sehingga berlaku sabotaj merosakkan kolam takungan air milik Aumas Resources Bhd.

Untuk rekod kawasan pajakan tanah lombong Bukit Mantri diluluskan di Zaman Musa Aman sebagai Ketua Menteri namun kelulusan lesen carigali dan lombong diluluskan oleh Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan. Lantaran itu selepas Bahvest diambil alih menjadi Aumas Warisan tidak senang duduk kerana Loh Fui Ming memberi dana kepada Warisan dari hasil lombong emas Tawau ini. Maklumat ini bukan rahsia kerana banyak disiarkan portal dan laman sosial.

Antara gambar tular menunjukkan kepentingan Warisan bersama Datuk Loh Fui Ming

Sehingga ke hari ini Datuk Osman Jamal sebagai Penolong Bendahari nama beliau masih ada dalam SOUTHSEA GOLD SDN BHD milik Datuk Loh Fui Ming.

DATUK SERI RAHMAN DAHLAN & VIE SHANTIE KHAN HAROON : BLACKSTONE BORNEO SDN BHD- BLACKSTONE DAGANGAN PTE LTD

Seorang lagi pemimpin UMNO yang tular baru-baru ini ialah Datuk Seri Abdul Rahman, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga timbalan pengerusi UMNO Sabah.

Terdapat desas-desus Rahman dan isterinya turut membuat permohonan lesen carigali arang batu di Sabah. Di mana permohonan ini akan didedahkan kemudian. Syarikat terkenalnya untuk Sabah ialah BLACKSTONE BORNEO SDN BHD.

Bagi luar negara syarikatnya ialah BLACKSTONE DAGANGAN PTE LTD.

Semakan menunjukkan isterinya Datin Seri Vie Santie binti Harun merupakan Group CEO syarikat. Datuk Abdul Rahman merupakan Pengerusi BLACKSTONE DAGANGAN PTE LTD dan adik-adik iparnya adalah COO dan lembaga pengarah. Perniagaan ini nampaknya milik keluarga.

BLACKSTONE BORNEO SDN BHD
BLACKSTONE DAGANGAN PTE LT

Media sebelum ini pernah melaporkan kejayaan Datin Seri Vie Santie binti Harun menandatangani kontrak membekalkan arang baru 15 tahun kepada China. Tonton video ini menunjukkan keyakinan Rahman Dahlan, isteri dan ipar-iparnya mengemudi Blackstone Dagangan Pte Ltd.

Ramai memuji-muji kejayaan Datin Seri Vie Santie binti Harun dari bidang fesyen ke arang batu. Wanita berjaya konon! Wanita berjaya ke kabel suami berjaya?

NAMUN SIAPA DI BELAKANG BLACKSTONE DAGANGAN PTE LTD ATAU RAHMAN DAHLAN?

Dengan modal berbayar SGD 1,000,000 (kira-kira RM3.5 juta) tentulah jutawan atau syarikat yang besar di belakangnya. Datin Seri Vie Santie binti Harun bukan dalam bidang galian arang batu atau apa-apa mineral melainkan atas pengaruh Datuk Seri Rahman Dahlan bekas Menteri Persekutuan.

Apakah Datuk Seri Rahman juga ada kaitan denga taikun syarikat Singapura? Atau ahli perniagaan Malaysia yang mempunyai hubungan dengan Singapura.

Pada tahun 2022, Datuk Seri Abdul Rahman selaku Pengerusi SOGIP telah menandatangani perjanjian antara SOGDC dan Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd anak syarikat kepada Green Esteel Pte Ltd (Singapura). Rahman mengumumkan Sabah bakal menerima pelaburan terbesar hampir RM20 bilion menerusi projek green steel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Sekalipun Rahman Dahlan adalah pemimpin UMNO di Sabah beliau terus diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Sabah meneruskan kerjanya demi pembangunan Sabah termasuk mempengerusikan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Rahman Dahlan bawa Esteel..

Green Esteel Pte Ltd (Singapura) syarikat kartel?

Green Esteel syarikat yang ditubuh 2017 dengan modal berbayar USD 685 juta merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan dalam sektor keluli, termasuk fabrikasi keluli, pengeluaran besi briket panas (HBI), perdagangan bijih nikel, dan projek penyahkarbonan keluli.

Satu kejayaan besarnya ialah menguasai 50.1 peratus syarikat senarai awam Malaysia iaitu Southern Steel Bhd yang sebelum ini 71.21%. dikuasai taikun korporat Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong).

Namun ada sesuatu yang rakyat Sabah terlepas pandang iaitu satu lagi syarikatnya di Sabah Esteel Trading Malaysia Sdn. Bhd menjadi pembiaya di belakang syarikat kontrovesi Kartel Mineral Dato’ Albert Tei iaitu Alnar Abadi Sdn. Bhd. Alnar Abadi sebelum ini dipengerusikan oleh Datuk Awang Sahari bin E M Nadzeer bekas Timbalan Ketua Polis Sabah namun telah meletakkan jawatan dalam syarikat Albert Tei.

Syarikat ini adalah antara 13 syarikat yang kontroversi dengan lesen palsu carigali daripada Sabah Mineral Management Sdn. Bhd. (SMM).

Pengarahnya adalah Dato’ Albert Tei Jiann Cheing dan tiga rakyat Singapura dalam syarikat Green Esteel Pte Ltd yang memegang 65% kepentingan dan Albert Tei dalam syarikatnya Jazz Leadership Sdn Bhd. Gong Hong adalah Pengarah sama dalam Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd.

Nampak tak permainan Syarikat Singapura? Mereka di belakang Rahman Dahlan tetapi dalam masa sama mereka juga berada di belakang Dato’ Albert Tei. Mereka tahu Albert Tei mempunyai akses dengan taikun Syarikat Singapura iaitu Dato’ Sri Pek Kok Sam yang terlibat dalam perlombongan bijih timah, nadir bumi dan emas.

Apa sebenarnya permainan Albert Tei? bekas Ketua Polis Negara seperti Tan Sri Mohd Puzi Harun dan bekas-bekas pegawai kanan dalam genggamannya. Membawa mereka berjumpa dengan para adun untuk memudahkan rundingan. Ramai Adun Sabah berkata tak mungkin melayan Albert Tei tetapi kerana menggunakan polis bersara mereka beri kerjasama.

Dia kata dia Bilis tetapi dialah IBLIS sebenar

Albert Tei sebelum ini berkata dia tiada rakaman pemimpin STAR dan PBS tapi baru- baru ini dia mengeluarkannya. Jika semua adun dan menteri kabinetnya dirakam maka mestilah Albert Tei mempunyai rakaman pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Bung Moktar. Bung Moktar tidak mungkin menyokong satu surat kontraktor tanpa wang. Fakta-fakta di atas jelas membuktikannya.

SPRM digesa menyiasat peranan dalang sebenar membiayai Dato’ Albert Tei iaitu Dato’ Sri Pek Kok Sam MD Taikun syarikat Singapura Southern Alliance Mining Ltd (SAM). Syarikat Teguh Permata Sdn Bhd di Ranau dihalau rakyat adalah milik Dato’ Sri Pek Kok Sam. Rasuah semua ini mesti bermula dari pembiayaa dana seperti Dato’ Sri Pek Kok Sam. Siasat Datuk Mohd Rafi Alli Hassan (KB UMNO Labuan) yang sangat jelas semua syarikat adalah atas nama adik-beradiknya.

Pendedahan ini membuktikan bahawa rasuah dalam sektor mineral Sabah bukan bersifat partisan — ia melibatkan pemimpin dari pelbagai parti politik dan disokong oleh kapital luar yang licik.

Back To Top