Kontroversi rasuah syarikat Sunway Construction Group Bhd baru-baru ini menggoncang syarikat itu. Pengakuan Sunway Construction Group pada 21 Julai 2025 seorang pekerjanya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beberapa subkontraktor dalam projek pusat data bernilai kira-kira RM180 juta telah menjunamkan saham syarikat itu. Rampasan RM7.5 juta tunai, jongkong emas, jam tangan mewah dan perhiasan, serta cubaan membakar hampir RM1 juta wang tunai.
Saham SunCon menyaksikan kejatuhan mendadak sehingga 17–21% sejak terdedah. Pemegang saham terkejut syarikat sebesar Sunway terlibat rasuah!
Namun satu surat SPRM mendedahkan bahawa siasatan terhadap Sunway Construction baru-baru ini bukan melibatkan syarikat tetapi hanya melibatkan kakitangannya berdasarkan aduan IPJ/RPT NO: 0408/2025 telah memulihkan semula saham syarikat itu. Lebih malang kes itu juga tidak disiasat bawah Seksyen 17 A Akta SPRM. Syarikat terselamat!

Bagaimanapun seorang pengadu kes menghantar emel menyanggah surat SPRM itu sebagai satu PEMBOHONGAN besar kerana kes Suncon merupakan suatu dakwaan serius mengenai manipulasi proses bidaan projek mega di bawah kendalian Sunway Construction Group Bhd (Suncon).
Menurut pengadu proses bidaan yang kononnya telus sebenarnya telah diputarbelitkan untuk memastikan syarikat-syarikat “pilihan” terus menang walaupun menawarkan harga yang lebih tinggi.
Pengadu mendedahkan bagaimana proses pembidaan (bidding process) di Suncon berlaku:
- Jemputan untuk membida diberikan kepada minimum 3 pembida.
- Syarikat dipanggil menetapkan harga dan mengemukakan bidaan seperti biasa.
- Suncon akan memanggil untuk sesi penjelasan serta meminta pengesahan bidaan (untuk melihat sama ada ada perkara yang terlepas pandang).
- Harga bidaan awal syarikat dibocorkan kepada pembida lain (yang lebih digemari). Dalam kes pengadu ia berlaku kepada mereka.
- Suncon kemudiannya memanggil untuk tawaran terbaik melalui proses e-bidding.
- Pembida yang digemari tetap akan menang dengan harga yang optimum, tidak kira berapa banyak syarikat dipanggil harga menurunkan tawaran. Harga tersebut akan diubahsuai oleh individu tertentu (Nama disebutkan).
Malangnya semua proses bidaan diketuai oleh Chong Yih Lip Pengurus Sunco yang ditangkap oleh SPRM baru-baru ini.

Chong Yih Lip secara jelas terlibat dalam projek berikut;
- AMAZON WEB SERVICES – kedua-dua tapak di Cyberjaya dan Nilai
- MICROSOFT – Fasa 2
- Vantage – Siemens Energy untuk Substation
- K2 Strategic Infrastructure

Chong Yih Lip tiada kaitan Sunway Construction?
Dalam operasi khas dinamakan Op Ways, SPRM menahan empat individu, termasuk ChongYih Lip Pengurus Sunway Construction Group Bhd dan isterinya, yang dipercayai menjadi dalang kepada skema sogokan terancang. Dua lagi pengarah syarikat swasta turut dicekup bagi membantu siasatan.

Adalah wajar jika Sunway Construction diminta menjelaskan segala penglibatan Chong Yih Lip dan meminta pengesahan tandatangan beliau pada semua dokumen serta jejak e-mel tersebut. Kemudian, semak semula jejak e-mel itu dan bandingkan dengan nama-nama yang terlibat memanipulasi tender Suncon seperti;
- Eric Tan Chee Hin– 019 331 3338
- Lim Vin Tze -019 278 6730
- Ng Kim Hock– 6011 7225 0452
- Jessie Khoo -019 239 6132
- Yip Lai Hun
Mereka didakwa menggunakan kedudukan teknikal untuk memastikan syarikat pilihan diberi laluan, dengan balasan berupa “ganjaran” selepas kontrak diserahkan.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, beberapa syarikat kontraktor yang dipilih Chong Yih Lip yang masih dalam radar siasatan di Johor turut mendapat projek dalam empat tender besar di atas:
- Ideal Systems (Malaysia) Sdn Bhd – Pakej Audio Visual (AV)
- S.K. Wawasan Sdn Bhd – Mekanikal, Sanitari & Perpaipan
- Ingenious Works International (M) Sdn Bhd – Elektrikal
- Tri Pacific Engineering Sdn Bhd – Arkitek (Kaca & Aluminium Cladding)
- Safar Gemilang Sdn Bhd – Telekomunikasi & Infrastruktur IT

Syarikat-syarikat ini bukan calang-calang pemain. Ideal Systems misalnya merupakan integrator AV bertaraf Asia Pasifik; Tri Pacific Engineering pula memiliki kepakaran cladding kaca & aluminium di bangunan ikonik. Namun kini nama mereka dikaitkan dengan skandal bidaan bercorak kartel.
Siapa Untung, Siapa Rugi?
Modus operandi ini jelas menunjukkan bahawa:
- Syarikat pilihan akan terus menang projek besar walau tidak kompetitif.
- Syarikat luar hanya dijadikan “umpan” atau ‘dummy’ untuk mewujudkan ilusi persaingan.
- Kos projek akhirnya melambung tinggi, menekan pelanggan (syarikat global seperti AWS & Microsoft) dan secara tidak langsung mencemar reputasi Malaysia sebagai hab data centre & infrastruktur teknologi.
Seruan Siasatan Segera
Pendedahan ini membuka persoalan besar:
- Apakah Sunway Construction sedar dan bersekongkol dalam permainan harga ini?
- Bagaimana individu yang pernah dikaitkan dengan projek Johor boleh terus mengetuai tender projek antarabangsa?
- Apakah SPRM dan pihak berkuasa sedia menggali bukti aliran wang “kickback” yang disebut?
Jika benar, skandal ini bukan sahaja mencemarkan nama syarikat gergasi tempatan, malah boleh menghakis keyakinan pelabur asing terhadap integriti ekosistem infrastruktur Malaysia.
Apa yang tampak sebagai bidaan terbuka dan profesional rupanya hanyalah lakonan korporat. Nama-nama besar kontraktor, jurutera, dan syarikat teknologi antarabangsa kini dikaitkan dalam jaringan yang berpotensi menjadi salah satu skandal tender terbesar dekad ini.
Kini semua mata tertumpu pada Sunway Construction – adakah mereka berani tampil dengan jawapan tuntas, atau menunggu pihak berkuasa mendedahkannya?
Atau berharap menggunakan surat SPRM untuk menaikkan semula harga sahamnya