Pelajar Sekolah SMK Taman Jasmin 2 Kajang Tumbuk Cikgu Tegur Ponteng Pendidikan Jasmani

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Kajang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan menumbuk seorang guru lelaki selepas ditegur kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani. Insiden yang berlaku pada petang 28 Julai berlaku di SMK Taman Jasmin 2, Kajang.

Tumbukan selepas teguran

Menurut kenyataan polis, pelajar terbabit dilaporkan enggan menghadiri kelas PJ dan berada di kawasan lain dalam kawasan sekolah. Apabila ditegur oleh seorang guru lelaki berusia 29 tahun, berlaku pertengkaran yang berakhir dengan pelajar itu menumbuk muka guru berkenaan.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada malam keesokan harinya, dan suspek ditahan sekitar kawasan Kajang. Pelajar itu juga didakwa turut mengeluarkan ugutan terhadap guru berkenaan di hadapan saksi lain.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

Identiti Guru Yang Kena Tumbuk

Nama cikgu yang kena tumbuk itu adalah Cikgu Wan Anwar. Dia hanya membantu cikgu lain yg sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas. Dia hanyalah seorang cikgu ganti sementara dan sedang menunggu untuk next test untuk jadi cikgu.

Ini adalah biodata Cikgu tersebut.

Telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih 4 tahun

• Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

• Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

• Atlet Boling negeri Johor, bekas wakil SUKMA dan MSSM.

Sekolah Henry Gurney Turut Menyapa Pelajar Yang Tumbuk Cikgu

Sekolah Henry Gurney yang terkenal sebagai sekolah budak-budak jahat telah menegur pelajar itu di media sosial dengan tulisan “kenapa ni? hmm”.

Ketua Polis Daerah Kajang turut menyatakan kebimbangan terhadap pengaruh geng luar sekolah yang mungkin memberi keberanian kepada pelajar untuk bertindak ganas terhadap guru.

“Kita tak boleh tolak kemungkinan pelajar rasa ‘kebal’ atau dilindungi oleh elemen luar yang berupaya mengancam keselamatan guru-guru,” katanya.

Beliau turut menyeru pihak sekolah dan ibu bapa untuk lebih aktif dalam memantau pergaulan serta kecenderungan pelajar di luar waktu sekolah.

Elok sangat kalau pelajar ini diletak di tempat yang boleh memberi pengajaran kepada dia sekiranya ada elemen luar yang menganggu pelajar ini. Ini kerana ianya boleh membahayakan guru yang ditumbuk itu dan memang wajar guru itu membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan dirinya.

Eleman Luar Hadir Mempertahankan Pelajar Yang Tumbuk

Baru sahaja pihak polis datang ke sekolah tersebut. Polis datang untuk program Majlis Penutupan Program “Kajang Bersih, Kajang di Hatiku 2.0” pada 17 Jun 2025 baru-baru ini. Namun dilihat dalam komen media sosial di SMK Taman Jasmin 2 Kajang, masih ada elemen-elemen luar yang cuba menyalahkan pihak guru dan sekolah atas kes yang berlaku. Komen dari Mus Mus ini cuba mengaitkan kes tumbuk guru yang terjadi.

Ada juga netizen mendedahkan identiti pelajar yang menumbuk tersebut adalah pelajar Rohingya. Sejauh mana kebenarannya masih belum boleh dipastikan lagi.

Back To Top