Misteri kehilangan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terus menjadi tanda tanya apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dipercayai telah meninggalkan negara sejak Mei tahun lalu dan sehingga kini belum pulang.
Muhammad Adlan, yang berkahwin dengan anak perempuan kepada Muhyiddin, kini menjadi individu dikehendaki SPRM selepas disyaki terlibat dalam projek pendaftaran biometrik pekerja asing yang dikatakan membabitkan wang berjuta ringgit.

Dikehendaki Tapi “Lesap”
SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan kes hampir selesai dan beberapa individu lain telah dipanggil serta didakwa. Namun, Muhammad Adlan masih gagal tampil memberi keterangan, malah hilang tanpa jejak.
Menurut sumber, Adlan meninggalkan negara secara sah melalui laluan udara, namun sejak itu tiada maklumat kukuh mengenainya — menyebabkan pihak berkuasa mempertimbangkan untuk menggunakan Notis Merah Interpol.
“Dia tahu dia disiasat, tapi kenapa tak balik?,” kata seorang pegawai kanan SPRM yang enggan dinamakan.

Kes Adlan Berhan
Sepupu menantu Muhyiddin terima RM6.6 juta dari dua kontraktor ke dalam akaun bank syarikat milik dia untuk diberi projek Jana Wibawa.


Pernah didakwa memindahkan sebahagian duit itu iaitu RM3.67 juta dari akaun bank syarikat milik dia ke akaun milik peribadi dia dan juga tiga individu lain termasuk seorang bernama, akaun bank milik Nabilah Mahiaddin.
Pada 5 Januari 2023, SPRM menahan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta. Lelaki berusia 42 tahun itu - Adam Radlan Adam Muhammad - ditahan kerana peranannya sebagai broker dalam projek kerajaan berkaitan pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM92.5 bilion (AS$21 bilion) sebagai pertukaran untuk rasuah. Adam Radlan adlaah orang kanan Muhyiddin.
Bekas CEO Maju Assets Sdn Bhd, Adam adalah Ketua Bersatu Bahagian Segambut. Adam juga adalah sepupu kepada menantu Muhyiddin, Muhamad Adlan Berhan, yang kemudiannya terlibat dalam beberapa skandal sebagai sebahagian daripada rangkaian kroni rasuah Muhyiddin.
Adlan berkahwin dengan anak Muhyiddin, Nabilah, yang merupakan pemegang saham Agathistwo Jia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam konsesi NIIS (Sistem Imigresen Bersepadu Nasional) bernilai RM1.2 bilion. NIIS diwujudkan oleh Muhyiddin (ketika itu Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan) selepas menghapuskan National Immigration Control System, SKIN terdahulu.
"Bukan Lari, Ada Urusan" Kata Peguam Adlan
Sementara itu, peguam kepada Muhammad Adlan tampil menafikan dakwaan anak guamnya melarikan diri daripada siasatan.
Dalam kenyataan media, peguam berkata Adlan meninggalkan Malaysia atas urusan perniagaan dan telah memaklumkan niat untuk kembali.
“Tiada waran tangkap. Tiada sekatan ke luar negara. Jadi apa salahnya beliau ke luar untuk urusan sah?”
Namun, penjelasan itu tidak memuaskan hati banyak pihak, termasuk netizen yang terus melontarkan pelbagai persoalan di media sosial — antaranya mempersoalkan sama ada status keluarga ‘kayangan’ memberi kelebihan undang-undang kepada beliau.
Kehilangan Adlan Menguatkan Lagi Asas Bahawa Dia Memang Bersalah
Muhammad Adlan bukan figura biasa. Beliau adalah usahawan yang pernah terlibat dalam beberapa projek kerajaan. Perkahwinannya dengan anak kepada Tan Sri Muhyiddin menambahkan tumpuan awam terhadap kes ini.
Kes ini amat besar dan berat. Muhyiddin sendiri kini berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah berhubung dana Jana Wibawa. Lebih besar bila melibatkan menantu sendiri dan ianya menjadi parah bila menantu hilang seolah-olah hendak lari daripada siasatan.

SPRM Masih Tunggu Kepulangan
Setakat ini, SPRM menegaskan mereka sedia bekerjasama dengan Interpol dan agensi luar negara jika Muhammad Adlan masih enggan pulang. Sementara itu, rakyat terus menunggu — apakah “menantu Muhyiddin” akan pulang untuk jawab pertuduhan, atau terus hilang entah ke mana?
Bukan main lagi Muhyiddin bercakap soal ketelusan baru-baru ini semasa himpunan, alih-alih menantu sendiri dah dua tahun lebih hilang kat oversea.
Tidak ada sesiapa pun yang turun selepas himpunan itu, yang menurun adalah itu sebenarnya hendak melindungi kroni dan anak menantu daripada terus disiasat secara adil dan saksama oleh pihak berkuasa. Jika benar menantu tidak bersalah, turunlah balik ke Malaysia untuk menjawab dan membantu semua siasatan.